Wednesday, June 9, 2010

Mengenal Allah

Kanak2 mestilah dididik spy mengenal pencipta dan pentadbir alam ini iaitu Allah s.w.t. 
Kanak2 diibaratkan kain putih bersih yang perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yg kukuh. 

Bagaimanakah cara untuk mengetahui kewujudan Allah?

Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta sedang meluncur laju, sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yg memandu kereta  tersebut. Sekiranya tiada pemandu, sudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya. Begitu juga dengan Allah, Dia-lah yang menggerakkan matahari, bulan dan bintang. Dia-lah yang menggantikan malam dan siang serta mencipta semua makhluk di muka bumi ini. 

Rehat Minda

Pelajar: Ustaz, macam mana kita nk kenal Allah?
Ustaz: Terdapat banyak cara untuk kita nk kenal Allah.
Pelajar: Apakah cara2nya, Ustaz?
Ustaz: Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian2 ciptaan-Nya.
Pelajar: Macam mana tu?
Ustaz: Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas?
Pelajar: Yelah Ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya Allah s.w.t.

Sumber: Dato' Ismail Kamus. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat.

Catatan: Pernah suatu masa, anak saudara sy yg msh kecil beritahu saya secara tiba2, " Tuhan tu monyet". Terkejut saya, tergamam seketika, sape plak ajar dia mcm ni? Ms tu sy pn x reti nk explain ttg ni, cuma yg mampu saya cakap, "x baik ckp mcm tu, berdosa, tuhan bukan monyet" smbl dlm hati berdoa cpt2 la dia fhm. Mgkin pengaruh media massa, terutamanya TV. Sllu cerita kartun, cerita hindustan atau cerita cina ada tunjuk tuhan dlm bentuk rupa monyet. Tgk, x psl2 terpesong akidah, nsb baik itu budak2, jadi msh blh diajar dan diperbetulkan kefahamannya. 

Mood: happy sbb dh berjaya beli pencuci muka Nutrimetic smlm. Punyalah sesat2 hari Ahad tu g cari Nutrimetic kt PJ, tutup pn xpe, asal jmpa tmptnya. Order dgn member lambat sgt nk beli, usaha cari sendiri la. 




2 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

aku memang begini said...

wakakaka, terinagt kat aku mase kecik2 dulu..tanye gini "mak tuhan tu cam ne? mak aku kt, tuhan tu kat atas langit, duk kat kerusi , Tuah tu besor then pakai baju putih, imaginasi aku ialah tuhan tu pakai baju putih macam baju tekwando tu,,duk tas kerusi besor ats langit sambil tgk org2 bwh langit,..alahai, jadikan ni iktibar,,anak2 kecik biasanya brmain dgn imaginasi

Umi_Iman said...

Sbb tu, contoh kt atas (Ustaz dan Pelajar) tu sesuai sgt utk bagi anak2 kenal Allah, biar mereka berfikir secara logik dan x perlu pikir mcm kita pikir ms budak2 dlu...brape lama plak nk dibetulkn balik....

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails