Thursday, May 26, 2011

Cousin's Wedding, May 15, 2011

Zamri & Liza





Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Artikel ni adalah dari artikel blog friendster sy dlu, bertarikh 10 Mei 2009.

Hari ini adalah hari ibu…sempena hari ibu ni saya nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini (tidak termasuk ibu-ibu yang membuang anak sendiri - buang setelah lahir atau abortion). Ucapan ini ditujukan terutama sekali kepada arwah ma….’ma, terima kasih kerana sudi melahirkan Ayu ke dunia ni, menjaga Ayu, mendidik Ayu…jasa dan pengorbanan ma adalah kenangan terindah yang tetap Ayu ingati sampai sekarang…Al-Fatihah buat ma’. Ucapan ini juga ditujukan untuk diri sendiri yang bakal bergelar ibu beberapa hari je lagi…x sabar dah…dalam pada tu saya dapat rasakan betapa seksanya ma dulu mengandungkan saya (sbb doktor pun kata baby saya girl)… tapi ma dulu mungkin lg susah sbb masa tu ma kena jaga lagi 5 orang anak perempuan (kakak2 saya)…x dapat saya bayangkan, nak cari rezeki lagi, bantu arwah ayah support keluarga. Kaki dah bengkak2, sembab…rasa cam dicucuk jarum di tapak, sendi2 tangan sudah sakit2…belakang sentiasa sakit…Ya Allah… bagi saya dah terlalu penat walaupun sorang…tp arwah ma dah lahirkan 7 orang anak di dunia ni…tahniah di atas kesabarannya…

Oleh kerana saya dah x larat, saya minta cuti lebih awal untuk balik kg, rehat n bersalin kt kg…walaupun arwah ma tiada lagi di kg, tp saya harap saya dapat kekuatan untuk bersalin di kg sendiri…di tempat saya dilahirkan dahulu… ada masa terluang nnti, harapnya saya dapat menziarahi pusara arwah ma…. ma, Ayu sayangkan ma. Selamat Hari Ibu, ma. Terima kasih di atas kasih sayang yang telah ma berikan.

Kepada kawan-kawan yang masih punya ibu, sayangilah mereka…hormati mereka dan kenangkanlah kesusahan mereka menjaga anda semua. Bila kehilangan mereka, tiada apa lagi yang dapat menggantikannya di dunia ini.
 
Arwah ma...rindu sgt! Al-fatihah.

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails