Thursday, December 30, 2010

Tahniah! Harimau Malaya Juara Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah (18 juta kali) kepada skuad bola sepak Harimau Malaya kerana telah m'juarai piala AFF suzuki dgn menewaskan Indonesia dengan agreget 4-2. Bangga sggh dgn prestasi para pemain yg bermati2an membuat pertahanan hingga kekal 0-0 di separuh masa pertama. Dan x lupa juga kepada Rajagopal, jurulatih kita tu, steady aje dia, x mcm jurulatih lwn yg asyik kepanasan punggung dri awal smpi akhir perlawanan. Dan utk menghargai kemenangan team bola sepak Malaysia, kita (rakyat Malaysia) diberikan cuti esok (Jumaat 31/12/2010)....eeee...suka3!!!

Namun, di sebalik kegembiraan kita menjadi juara kali ini, rakyat Indonesia pula x hbs2 membebel2 dekat FB. Klu sblm ni pancaran laser dijadikan isu, kali ni isu mereka adalah istilah atau term 'Sukan'. 

sudah saatnya kosa kata OLAHRAGA dihapuskan. wong amslinya SPORT. sport itu sportif !

di Malaysia lebih pelik lagi Sport mereka bilang :SUKAN (entah asal kata dari mana)

SUKAN tu istilah kami utk sport la...buta tatabahasa ke? Kenapa nk dengki2 dgn istilah kami? Tah pape...kata sekolah tinggi...korang tu je yg xde istilah sendiri...nk guna sport kunun.

Gmbr dri Harian Kosmo Online
Haa...ni plak aksi penonton fanatik Indonesia..woiii...umah ko xde TV ke smpi nk kena bersusah payah cenggini? Sempat beberapa kali kamera menangkap kelibat Manohara yg menonton di Stadium Gelora Bung Karno mlm td...membebel2 dia, tah apa yg dibebel pn x tau.

***pedih kerongkong bersorak mlm tadi, sllunya sy x minat bola, tp kali ni beria benar tgk...oh kenapa sy jd gini?

Tuesday, December 28, 2010

PMR 2010

En3 terlewat...ampun2...rupa2nya ada 2 org anak sedara yg exam PMR thn ni...dh ramai sgt anak sedara smpi dh x ingt sape exam. Last2 mlm sabtu lps kakak sy call bertanya khabar, trs sy tanya ada x sape2 yg exam PMR...dia kata kakak tirah yg exam...laaa ada rupanya. 
Nur Sayyidah Athirah
terkelepet2 tudung kena angin

Sy tnya dpt brp? Dia kata 6A 2B. Oh tahniah! So sy kata leh la g MRSM ke...dia kata kakak xnk, nk sekolah biasa je...sek teknik pun dia ada apply tp xnk pergi...laaa camtu lak...ah x kisahlah, janji ko belajar rajin2. Pastu kakak sy ada bgtau anak kakak pahang pn ada gak exam, Fizah adik Noli. Fizah lak dpt 3B (yg lain2 xtau). Gambar Fizah xde pula nk tepek kt sini, cek2 dlm FB kakak2 dia pun, gmbr diorg ngan kengkawan je ada, gmbr adik2 dia xde plak.

Kakak Tirah tu mmg ok skit study. Ms kt umah dia sy perasan klu x tgk TV, dia berkurung dlm bilik (xtau lah sama ada tidur, study, atau jahit mata lalat). Dh berkurung, xdela org kacau klu nk study. Sllu juga Umi atau Abah dia membebel2 "Tiroh ni tido jo, acu mari2 tulong aku kt dapur ni...bla bla bla...", pastu kalau mandi plak lamanya...org lain bebel2 plak, sbb tu adik beradik dia yg lain klu nk mandi akan msk bilik air cepat2 sblm bilik air tu dpt kt kakak.

***Rs nk bg hadiah kat dia tp xtau nk bg apa dan apa yg sesuai.

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki Malaysia Vs Indonesia (Tahniah!!!!! 3-0)

Tahniah Team Malaysia 3-0, tp sy tgk sekejap2, so terlepas yg perlawanan dihentikan 6 minit tu. Sesapa yg tau blh cerita x why? Apa itu kasus laser? Sy bknnya fhm sgt bahasa indonesia ni, tiba2 tgk member Indon komen berikut:-

headlines akbar (koran) tempatan esok: Malaysia tewaskan Indonesia 3-0.. :-)) dan pasti melupakan bahwa itu didapat setelah pertandingan dihentikan 6 menit karena kasus laser suporter Malaysia. Terbukti konsentrasi pecah sesudah itu. Hebat sekali strateginya.

So, sape2 yg fhm bhs Indonesia, ape itu kasus laser?

********#UPDATE#***********
Ni dri kosmo arini....puas ati bc ni
Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.
Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.
Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.
Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.
Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.



Thursday, December 23, 2010

'Hijaucantik Giveaway'

 Join GA Ch@ a.k.a. Hijaucantik sempena birthday Mr. Abi pada 31 Disember ni, btl2 hujung tahun. Hebatla Cha dh buat GA. Ramai dh join tu & listed, sy je bab2 GA @ contest mmg hegeh2. Sbnrnya menang ke x ke, sy x kisah, sekadar mmberi sokongan kpd kwn blogger. Nk tmbh kemeriahan (wlupn stkt ni sy tgk dh ckp meriah dh) dn tlg promotkan lg...hehehe.

Ok, kpd sesiapa yg nk join, sila bc di sini dl, ok.



Tamat pada hari ulangtahun mrABi ke-26, 31.12.2010. (Muda lagi...happy birthday in advance to mr. Abi!).


Sopannya Berbaju Kurung Bertudung


Bila dh dtg angin dia malam tu, hbs dia keluarkn semua baju2 dlm bakul dia, cari baju kurung, pastu nk pakai. Pujuk2 ckp pakai esok je la. So, esoknya pepagi lps mandi, pakai baju kurung g umah ibu. "Dung!" sambil berlari ke luar....oh g cari tudung...mimpi ke apa makcik ni nk pakai tudung ni...dh pakai sy warning Abi siap2, jgn dipuji, jap agi puji dia tanggalkn tudung tu...so kami diam aje la. Hasil tidak dipuji, dptla amik gmbr ni. Ni minggu lps nye citer, x ingt ari apa. Smpi umh ibu, semua pakat2 puji cantik, tp dia x tanggal lak tudung tu. Sblm2 ni anak sedara ibu bg baju kurung dia kecik2 dlu kt Iman, tp x pakai lg sbb dgn Iman baju tu msh besar. Yg ni pttnya baju raya Aidilfitri dlu, tp x siap, raya haji aritu bru la kakak sy poskan. Tudung pn msh besar lg smpi ke tgn labuhnya, kak long sy yg bagi kt Iman ms ry dlu.


Ni plak ms weekend lps, nk g kenduri. Anak kwn hubby kahwin (hubby sy kwn dgn pelbagai peringkat umur), yang ni India. Anaknya lelaki India tp dh peluk Islam dn kahwin dgn gadis melayu. So aritu punya kenduri melibatkan 2 kaum, Melayu dan India (1Malaysia la katakan). Sblm msk dewan, kami dpt tgk persembahan Silat Cengkaman Harimau (oleh persatuan silat sekolah agaknya). Best sgt, smpi Iman pn dok bersilat ats dukung (aih naik angin kot). Awal2 tu semua msk buat buah asas dlu. Dah tu bru la lawan 1 sama 1 dan 1 lawan 2, berguling2 melompat2, suka sgt tgk, ringan btl pergerakan diorg ni. 

Ms nk msk dewan, bapa pengantin lelaki (kawan hubby) dukung Iman, wah selamba je dia ikut mengiringi pengantin ke pelamin. Ms makan lak, hubby tegur kwn dia smbl angkt tgn, Iman pn angkat tgn jugak kt org tu. Kami x nyempat nk amb gmbr pengantin ditmbh dgn malas.

*** Yg x brp nk sopannya: Iman klu tegur org bunyi cam sergah je, sian dia. Susah juga nk ajar anak berkomunikasi ni. Yela, skrg ni dia blm btl2 pandai cakap lg, jadi perkataan 'Hai' tu bila dituturkn olehnya dh bunyi 'Oi' plak. Kalau 'Bye' tu okla keluar elok je bunyi. Xpela, bagi dia masa.Cuma yg bangganya, dia seorg kakak yg penyayang, x prnh ibu ngadu Iman papekan baby, kecuali rajin sgt cium baby. Risau jg kot dipapekan anak org. Tp stkt ni baik je.

Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Kawanku

Teringat plak kata2 Suzy kt sy, "Eh, awk ni nk mati cepat ke? Tu racun tu...racun tu.."...hmmm syg Suzy kt sy rupanya, yela tiap2 ari beli Pepsi Blue...ntah pe kandungan Pepsi Blue tu yg sedap sgt....pastu, sy jarang beli dan tiba2 sy sedar dh xde Pepsi Blue kat pasaran...nape ek? Pepsi Blue kan best?!


Haaa..dia ni junior sy dlu tp kami sama umur sbnrnya, dia jd junior sbb sekolah arab kn ada peralihan...ni lah dia Suzy dan suaminya Rahman atau Iman (panggilan manja oleh Suzy). Diorg ni sekelas dlu...sllu bergaduh je kerja, bertekak...tp dlm diam2 berkasihan rupanya...kekeke...tp itu cerita lama la...skrg dh sah suami isteri pada 5 Disember 2010...sy x g pun majlisnya sbb jauh sgt, kenduri belah pompuan nun di Jeli sana, yg belah laki plak nun di Kedah sana...terkilan gak sbb rs nk sgt hadir, tp nk buat cemana, xde rezeki...

***semoga kedua2 mempelai ini bahagia ke akhirnya dan dirahmati Allah slalu....amiiinnnn.


Muhasabah Diri Skit...

Walaupun dh byk blog yg membebel2 psl menyampah bila ada blogger yg buat en3 sekadar copy paste, mcm xde identiti sendiri dan tah hapa2 lg bebelan yg menggambarkn seolah2 pengomen itulah blogger @ penulis sejati di alam maya ini...sy peduli apa? Dh sy nk copy paste juga dlm blog sy ni, lgpun pesanan ni sgt bermakna utk kita umat Islam dlm menilai amalan dan mendidik jiwa kita...jd xde salahnya. Psl sumbernya pula, sy x pasti, tp yg sahnya dri blog kwn sy ni.
 
Haa...klu nk jd org yg alim, jujur dan takwa serta ahli ibadah, kenalilah tanda2nya...

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.
 

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
 

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............


salam mujahadah..(^^,




Friday, December 17, 2010

Anak Dara Umi Makan Petai Jeruk

Percaya atau tidak, terserahlah. Mmg budak kecik ni suka petai jeruk. Umi yg x tahan bau dia, sllu sgt la bising2 klu Abi makan...sllu dpt bekalan free dri kg. Ms kali pertama dia mintak dulu, ingtkn dia confuse antara lauk dgn petai...Abi cuba bg skit, ingtkn nk luah balik...xdenya, trs digigit2 telan n mintak lg. Ingtkn skali tu je, tp tiap kali Abi makan petai jeruk, tiap kali tu juga dia mintak, siap nagis2 klu x bg. Ish...berlawanan btl ngan Umi. Harap2 dh hbs petai tu nti, xdela bekalan dri kg sampai. Dpt petai, hegeh2 makan smbl sengih2 kt Umi...ape kes? 

Ms ambik dia umah ibu smlm, uwan kata 'cuba ko suh dia joget kt umah'...sy kata, xyah suruh Uwan, joget sokmo...gelak Uwan...mana xnya, bunyi muzik je joget. Smlm boring tgk TV, sy bukak radio pastu msk bilik nk tdo (sbg pengulit). Tp Iman bising2 siap tepuk2 lantai suh sy duduk kt luar tu (teman dia nk berjoget)...aduh x kuasa tau, trs tutup radio ajak dia msk bilik. 

Ibu ngadu, Iman xnk makan nasik...dihulur roti pn dia jeling je...hmmm pepandai jeling plak dah. Budak2 kecik ni mudah sgt meniru...aritu tetiba je pandai jelir2...jenuh kita ngajar dia jgn jelir, x baik, tuhan marah....susah juga bila pandai berkawan. Nk kena observe btl2, klu x pengaruh x elok mudah benar nk melekat.

Thursday, December 16, 2010

Kenangan Birthday 2010

Sepatutnya en3 ni kuar November aritu, tp sbb x sempat (byk hal), kuar skrg...basi dh pun.Tp sy ttp simpan, sayang.


Atas: Kad ucapan dri Achik...diberi by hand ms dia dtg office aritu, act dia bg skali ngan buku Asama Ul-Husna, klu sy bc buku tu sllu Iman rebut, sbbnya kecik comel je mcm nota poket sekolah dulu2. TQVM.
Bawah: Kad ucapan dri Nida...dipos awal lg jauh nun dri Penang, smpi awal juga tp biasala org office lmbt bgtau...sllu mcmtu la. Baca kad Nida pun asyik kena rebut ngan Iman sbb comel, lg dia suka sbb ada gmbr Bear. TQVM, Nida.



Ni plak cincin yg hubby hadiahkn. X expect lak dia nk bg cincin, dok bayang2 bg la sandal ke, wedges ke...yg simple2 dn harga RM 20@30. Dh la on that that dia dh belanja Kenny ngan Cuti2 Cinta (cemana harunya kami bwk Iman tgk wayang). Dahla kena tmbh duit lg sbb g blk kedai cincin tu, tukar yg besar skit. Sempat pakai sekejap je sbbnya jari dh mengelupas...sllu dgr org allergik pakai selain emas, ini terbalik plak, smpi arini pun ada parut lg. Sudahnya, gantung kt rantai je la. Tp cincin nikah dlu ok je pakai.

***jgnla ckp sy menunjuk2 plak, sekadar menghargai pemberian org...


Tuesday, December 14, 2010

Plea Bargaining

X lama lg, konsep Plea Bargaining akan dilaksanakan scr formal dlm prosiding mahkamah bg mempercepatkn perbicaraan dan mengurangkn kes2 tertangguh bg menjimatkn masa mahkamah. wow...diskaun 50% la kiranya. Tp, utk tuduhan jenayah yg x mempunyai rekod jenayah la.

Dri satu sudut, bgs sgtla sbb jenayah makin berleluasa skrg ni. Klu dlu2 dlm berita x byk kes2 jenayah dilaporkan, tp skrg hampir setiap hari ada. Lg bengang, jenayah abortion, x pun buang bayi tu...sakit ati sgt dgn diorg ni, berani buat x berani tanggung. Dah bersepah jenayah ni skrg, tmbh lg dgn jenayah2 lain...lagiii la byk. Jd mmg ptt sgtla konsep plea bargaining dilaksanakan.

Dri satu sudut lg, mcm x aci je...buat jenayah besar, tp hukuman x setimpal...tp xpe, Allah maha adil, x ckp kt sini, kt sana nti dpt lg....

Monday, December 13, 2010

Award Berganda 2 In 1

Award2 ni tlh diberi oleh Mamma yg diperolehi drpd Nida. TQVM Mamma and Nida. Luv both of U.

1st Award:-

1. Apakah yang ada rasa apabila ramai follower
X rasa pape sbb x ramai pun, org lain yela ramai, ratus2 ribu riban

2. Pendapat Tentang Award Diatas
Nk ucap sama2 aje

3.Apakah yg anda akan buat untuk mempunyai ramai Follower ?
X buat apa2..sape suka blh follow, camtu je

4. Sila upload gambar award follower kamu.
ok...tgk mana ramainya, bru 61

2nd Award plak:- 


Makanan fevret korang ape?
Nasi Tupang...x semua org tau kn?!


Sape yg korang sayang?
Pemberi Award sbb dia sdh bg award yg cantik ini...secawan bunga ros...mau minum je rs!

Okey sy nak Tag minah2 dan mamat2 kat
bawah ni :-
 Achik
dan juga follower yg terpamer kt ats tu

Friday, December 10, 2010

DiGi Youth K-POP Live


Haaa...bg besar, dh nampak...dekat Stadium Negara, KL...13 Januari 2011 ni....sy suka DiGi...tp artis korea ni krg kenal la, Wonder Girl pun kenal nama ngan lagu Nobody tu je...ni klu tnya kwn2 yg minat giler citer Korea ngan artis2 Korea ni sure diorg tau.

Thursday, December 9, 2010

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TAK KE NASI

Semenjak dua menjak ni sy perasan, klu dengar muzik atau lagu kt radio atau TV, Iman bukan hanya setakat berjoget (dh expert sgt dh, mcm2 style), tp tambah 1 lagi kemahiran, menyanyi...bukan biasa2, dengan penuh perasaan ok, siap dengan memek muka sekali...ish3.

Nk kata sy sllu bukak Idola Kecil, xdela pulak. Cemana nk bukak, semut lebih byk dri gambar...x tau la plak klu kt umah Ibu. Klu ikut sy, mmgla hobi menyanyi, tp control gak depan dia, plg x tahan pn nyanyi Twinkle2 Little Star la ajar dia..xde gmbr atau video coz dia nyanyi secara spontan, klu suruh dia xkn nyanyi, maknanya ikut mood dia la nk nyanyi ke x, xyah paksa2.

Hari ni plak seronok btl dia sbb sy dukung. Klu x, sila jalan sendiri la. Nasib la smlm kasut dia tertinggal dlm keta, dukung je sbb hujan lebat. So arini ada chance dia naik dukung lg. Berat dh Iman. Ms beli diapers, Abi suh tukar ke saiz L, tp x perlu lg sbb berat dia msh blh guna saiz M. Abi ingt anak dia tu dh besar sgtla agaknya, bru setahun stgh la....dan arini gak dia punyala behave, sllu xnk dukung ngan Abi tp td sbb berhenti kt sebelah jln, Abi yg hantar dia g umah Ibu, ok je dia ngikut, babai2 Umi smbl sengih2...ni yg buat sy x sabar2 nk balik jumpa dia.

Rupa2nya Iman ni hantu pisang. Pantang nampak pisang. Aritu dia bleh habiskan 2 biji setengah pisang...mak aih biar betul. Mmg btl pn. Nmpk Abi letak pisang sementara nk pakai stokin keje, dia g dekat, bukan nk salam, tp g ambik pisang tu. Gigi dah 5 batang skang ni, tu yg best menggigit tu, tp time mandi, siapla dikerjakan Umi, berus gigi btl2.

***Bosan dgn isu 'Ketuanan Melayu' yg diperkotak-katikkan skang ni. Xde isu, kering idea, tu yg main rembat je tu agaknya.


Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah, G-nie dh operate.

Alhamdulillah, dana bantuan yg G-nie apply dh lulus. Jumaat lps dia dh call bgtau skrg dh kt HKB balik, ahad nti operate. So smlm dia dh operate, tringin nk call bertanya tp hati kecil berkata, “biar reti bahasa skit, org bru lps operate, bg la dia rehat ckp2 dlu, jgn ganggu,”….so x jd call.

Pagi ni bru try call, mula2 seorg perempuan jwb, kmdn di pass fon kpd sorg lelaki (ayah G-nie barangkali), kmdn line terputus. Sy cma msj ringkas. Kmdn telefon bordering, lelaki tersebut call balik bgtau condition G-nie skrg. 

Katanya G-nie dh sedar, tp msh dlm ICU sbb dia complain sakit dada pula. Smlm operate, doc keluarkn daging dan tulang yg reput, hampir sekilo lebih. X blh sy bayangkn betapa G-nie menanggung derita membawa beban tersebut sblm ini. Sy Cuma mengirim salam. Lelaki itu bertanya siapa saya? Stlh memberitahu Nama dan tempat asal sy, barulah beliau berpuas hati, gelak sedikit sbb kenal sgtla kg sy tu. 

Di bwh ni gmbr G-nie, dh susut btl badan dia, dlu ms sama2 sekolah, montel jg. Sy doakan G-nie cepat sembuh dn dpt kembali menjaga anaknya. Bukan main gembira lg nada suaranya raya haji aritu dpt beraya di rumah dan melayan karenah anaknya yg semakin membesar tu. 


Dikunjungi Kak Suzie dan adiknya, Lina....G-nie tersenyum puas dpt beraya bersama keluarga wlupn hanya terlantar...

Gmbr G-nie dan Lina (diambil dri facebook Lina)


Anak tunggal kesayangan G-nie, Nur Iman Insyirah...G-nie gembira melayan keletah puterinya yg suka bertanya.

Saturday, December 4, 2010

Dany yg bersemangat

Suka dgn smgt Dany ni...wlupn bz dgn persiapan wedding, dlm ms yg sama gigih berusaha buat biz...comel pn comel...,

salam kak iman..
maafkan sy lame menyepi..
rindu juga dkt comment2 akak.. :)
nanti akak free dtg la ke blog darling dazzling ye.

Insyallah kak..terima kasih nasihat akak yeh..
saya akan buat dgn hati yg ikhlas.. akan work hard and xkan merungut.. penat cam ne pun xpew
asalkan berbaloi..

thank you kak.. :)

Act, ni reply dia pd komen sy... bertuah bakal suami dia, bakal dpt isteri yg rajin dn kuat smgt.

*** sy dh jengok Darling Dazzling dn berkenan dgn telekung tp dh sold out...tp x pe, Dany kata dia akn restock lg pertengahan dis ni. Selain tu, byk lg brg2 lain spt kain cotton, handbag, purse dll...jemputla ke sini.


Friday, December 3, 2010

Cuti-cuti Sekolah GA

Alamak! x sekolah pn kena join juga...Bee suruh...dh lama x buat keje2 camni, inipn bertangguh2, bz skit, malas byk..jenuh nk pertajamkan skill balik..nk letak banner kt sidebar pn dh x ingt cemana....so copy paste itu senang:-

Syarat2 GA ini..

1 ~ sape2 bley join GA ini x kira murid2, cikgu2, belia2, mak2 budak, bapak2 budak, atok nenek pom boleh janji MANUSIA..tetapi harus beralamat di Malaysia....

2 ~ Follow blog MAMA ADAM dan blog LADY_DYLA

3 ~ buat en3 ringkas tentang GA ini..kemudian tinggalkan link komen en3 ini beserta id follower....

4 ~ Tempek banner ini kat sidebar blog beserta link..

5 ~ Tag 2 orang je...pastikan mereka tahu ye...

Terus tag Mamma ngan Ch@....

31 DIS 2010, 11.59pm...
tarikh tutup

7 : hadiah serpisee masih dalam perbicangan...ngeee... jom join..happy holiday ...happy ber GA


Thursday, December 2, 2010

Kawan Sy, org Ganung...dengang anaknya



Ni Aida kwn sy. Sllu klu bercakap ngan dia, automatik sy pn jd ckp ganung, xde dah kelate2...tahniah dpt no.1. Comel je Sarah dan maknya pakai yukata.

Tuesday, November 30, 2010

Digigit Ular!!!

Ngeri btl, lps terbangun kul 3 pagi, tdo balik sempat lg bermimpi ngeri sblm azan subuh td.

Ada org jerit ular2...sy bergegas pegi tgk, dh x jumpa sy tnya mana? Org tu kata toleh kiri. Dh toleh sy sgt terkejut sbb dekat dgn kepala. Kami berlari ke ats rumah secepat mungkin. Ingtkn ular tu x smpi nk naik ats rumah dh. Sekali ia berjaya naik, so kami pn trs lari ke lain. Tiba2 teringat kt ats rumah ada ayah (arwah ayah), tkt dipatuknya ayah, sy pergi tgk balik. Rupa2nya ia blm patuk lg tp stlh melihat sy ia trs mengejar sy, x sempat nk lari, ular tu tlh menggigit tapak tgn sy. Mulutnya yg luas tu melekat ditapak tgn sy, rs sgt sakit.....x dpt nk lepaskn ular tu, ia gigit sy smpi ia mati. Dah mati, ia jatuh sendiri. Kesan luka gigitannya pada tapak tgn sy sgt dalam....ish ngeri sgt.

Takut btl bl dpt nightmare. Pikir2 blk klu pompuan blm kawin mimpi dipatuk ular mmgla tanda org nk masuk meminang...tp sy dlu mimpi mcm tu ms darjah 3...sapela nk pinang sy ms darjah 3 woi...ini dh kawin dh, sape lg berani nk meminang isteri org ni...

Tgk info sy dpt dri artikel tafsir mimpi ni....

Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular,
bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi
demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba
berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular
berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak
sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak
orang yang memusuhi anda.

Syukurlah klu spt tafsiran ni, cuma perlu diingat....Mimpi Mainan Tidur!
Smlm jumpa gmbr ni...lainnya dia dulu.


Sungguh x percaya...baby tembam dan botak ni adalah Iman....geramnya tgk dia, nk gigit pipi dia rasanya...syok btl dia tdo, ms ni dh 3 bln rsnya.Tembam btl, ingtkn smpi besar, tp bila dh besar dh jd kurus plak.
Ms ni bru berumur 6 hari, kecik dan naif je...tp dia ni jenis yg keras, so bila angkat dia rs cam dia tegak je x lembik mcm sesetengah baby, rs gerun je bila angkat. Ms ni klu nangis, x ingt dunia. Penat nk suruh diam. Tp sy sabar ajela, yelah, klu jaga baby yg susah, suka menangis, maknanya itu dugaan utk parent, klu sabar dgn karenah tu akn menghapuskan dosa2 lampau. Syukurlah wlupn susah skit jaga dia, tp ada hikmah di sebaliknya.

 

Monday, November 29, 2010

I'm Proud of You

Tgh2 bersemuka utk acara penting camtu blh plak pakat pandang2 angkat kening...dah tu who's the leader? whom supposed to start? Pihak pompuan dh allow suh nyatakan hajat kedatangan....aisey xkn dok relax2 kt umh td x plan? Smpi kami tiba pn dok kena menunggu tukang kerja...kami ni bg sokongan je tp siap on time, x sangka nk kena menunggu plak. Smpi2 tgk dok relax2 lg tgk TV, x bersiap lg, kt lepas zuhur.

Wakil yg diharap melopong je...sy dh serba salah, xkn sy nk ckp kot (dh la hati msh terguris ni)...semua pakat pandang memandang, pihak pompuan pn naik hairan dah...finally hubby buka mulut perjelas tujuan kedatangan...lega jap (tp dlm hati jgn lbh2 sbb xde experience lg).

X sangka hubby plak jd bidan terjun utk majlis pertunangan, padahal org yg lbh berpengalaman (tua) dan diharap ada. Ala, bukannya nk kena berucap mcm public speaking pun tp xde yg nk buka mulut, asyik org tu pandang org ni, org ni pandang org tu.

Xpela abang, at least abg dh selamatkan keadaan dn timba pengalaman. So, selamat la sudah. Cuma x fhm btl, ms discuss pihak perempuan asyik sebut psl adat kami macamni adat kami mcm tu...xkn memasang TV sms tetamu penting msh dlm umah pn adat kot. Sggp lalukn tgn ats muka tetamu (sbb umah sempit je) demi nk pasang TV Plasma kamu tu?

Taula kamu ada TV Plasma yg gedabak wlupn kamu dh bgtau umh kamu sempit aje. Kok ye pn, sabar2 la, bg la peluang kaum keluarga berkenal2an smbil makan tu, kan ke lbh bermakna dn mengeratkan silaturrahim drpd dok dengar lagu2 tu (dh gaya majlis kawin).

Sy hadir jg utk jg air muka hubby...hangin mmg hangin, tp ttp doakan juga agar jodoh mereka tu berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Jgn dok nk main2 lg, x perlu nk test market lg sbb msg2 dh terikat cuma blm halal je. Pertunangan blm menghalalkan hubungan korg...usaha agar dpt kawin cpt spt yg diharapkan oleh org tua msg2.


Friday, November 26, 2010

Cubit Peha Kiri Peha Kanan pun Terasa Ok!!!

Sy ada kwn baik (sure korg pn ada)...dan sy apabila berkawan, sgt caring...dan kadang2 kwn kpd kwn sy blh jd kawan kpd kwn sy mllui sy...seronok mcmtu.

Oleh krn sy caring, so bila org buat sesuatu kt kwn sy, sy pn akan turut merasanya...

Kwn sy sdh ditinggalkn oleh bf dia (cousin hubby)...hny krn mak kwn sy x benarkn mereka berkawan. Bg sy, klu ko benar2 ikhlas, cubala cri alternatif dlu agar diterima, ini x, ko trs tinggal kwn tu cam xde perasaan lgsg kt dia. Dh la ko tgglkn dia "on my wedding day" (cemana sy x marah...ko dh spoiled my mood on my big day). Ok, xpe, kwn sy bljr trima hakikat hubungan sdh putus.

Bf tersebut tlh bercintan-cintun dgn Z (adik ipar kwn hubby), act ms dgn kwn sy lg si Bf ni dh msj2 ngan Z, lama...smpi org dh puas tnya bila nk lgsg, tup2 dengar2 dh putus 2 bulan lps sbb Z pasang pakwe lain. So ms ni sy pk "what u give u get back"....ms tu mula dok try cri2 (maklumla dh kena tinggal), smpi kwn sy (yg lain) pn di msj jg. Ingt xdela nk balik kpd Z bl dh mcmtu. Tup2 smlm hubby ckp Ahad ni (28 Nov) nk tunang. Aih...baik balik? Klu sy ditmptnya x mgkin sy baik balik sbb dia blh curang sms dgn kita lg, bkn slps putus...ah lantaklah....

Cuma yg dilema skang ni, rs xnk hadir majlis tu. Sbb sakit di hati msh terasa...sedih tgk kwn menderita dlu. Tp, rs x sedap juga klu x teman hubby, dia beria2 nk pegi. Hubby ni susah skit, nk ke mana2 msti nk bwk sy, aritu kenduri kawin kwn dia, sggp tggu sy wlupn dh petang sgt bru blh g. Cemana ni? Hanya ada sehari lbh je utk pk and wat decision....

Thursday, November 25, 2010

Kembar...

Al-Fatihah buat arwah Aishah-Kenangan Terindah...wlupn sy tidak pernah menjejak ke blognya shgga hari ini, sy rs sayu sgt bila tahu ada blogger yg tlh pulang ke rahmatullah. Bertambah sayu bila tahu arwah meninggalkan 6 org cahayamata (termasuk 3 puteri kembar)...comel2 mereka ni, msh bby lg, msh dahagakan perhatian seorang ibu...sedihnya.




Sy sllu impikan dpt anak kembar...seronoknya tgk muka sama main2...terkejar2 utk memenuhi tuntutan budak2 muka sama ni....ms raya kt Muadzam Shah...spt yg dh diceritakan di sini, Iman hanya melayan org lelaki je...termasuk si kembar ni...bila sorg dukung Iman, Iman akan pandang sana, pandang sini, heran agaknya napela muka duo org ni sama...kelakar plak tgk muka heran dia tu.



Ni anak sedara sy yg kembar tu...nama sebenar Hafidz & Harith
tp nama panggilan Sepeng & Taik Lalat
sbbnya masa baby dlu susah nk beza sbb seiras, jd bg nama panggilan yg bg org mudah cam,
sorg Taik Lalat sbb ada taik lalat kat bibir,
sorg lg Sepeng sbb lps lahir tu kepala dia ada sepeng (mcm senget) skit.


Wednesday, November 24, 2010

AidilAdha Itu

Alhamdulillah dah tenang kembali wlupn masalah blm selesai. Dua hari lepas hujan je tghri, tp sy suka sgt sbb rs tenang dan damai je bila tgk hujan lebat, rs mcm therapy utk jiwa. Thnx utk kwn2 yg memahami...insyaAllah, tghri nti sy akn jengok blog2 anda plak ok!

Raya Haji aritu kami (Umi, Abi, Iman & Angah) pegi Kuantan umah adik sy, pastu ke rumah kakak di Keratong 7, Muadzam Shah. Iman dh tunjuk belang, xnk salam dgn sepupu2 pompuan dia, xnk didukung mereka. Tp dengan org laki, nak plak salam, kamceng je. Sampai K.ngah (anak sedara sy) gelarkan Iman "Himawari"....gatai dia cakap (Himawari adik Shin Chan).

X byk ambil gmbr sbb kami lebih menikmati suasana tu....lupa lgsg nk snap gmbr Iman bersama Sepupu2nya yg ramai tu. Abg ipar ngan anak2 sedara sy pakat suh tgglkn Iman dgn diorg, biar sy je balik KL...eh mana boleh...

Di Padang MPK1, Kuantan...tgh tggu adik ambik sbb kitorg xtau umah dia ktne....seronok btl Iman terlepas mcm ni, luas blh lari ke mana dia suka.

Abi dlm persalinan warna cream kesukaan Umi...klu ikut dia xnk pakai dh lps solat sunat aidiladha, tp Umi paksa gak...panas mmg panas.

Baju Umi biru...x matching ngan 2 beranak tu...x tau kenapa Iman memoncong...suka sgt tgk muka sendiri dlm side mirror, buat2 muka....(x nampak muka Angah kt belakang)

 
Anak dara Umi lbh suka lepak belakang sbb ada Angah....


***G-nie dpt balik beraya umah dia, so dpt jumpa anaknya yg dirindui...mula2 anak dia takut nk msk dekat (lama x jumpa), pastu skrg asyik nk berkepit je, tido pn ngan G-nie, tp bila dh lena kena cpt2 angkat, tkt dihempap paha G-nie yg sakit. G-nie kata dia blh dok umah shgga doc call utk operate nti. Wlupn tdk di sisi, tp sy sgt gembira dgr khabar G-nie dpt balik umah (Hosp sgt boring ok).

Sunday, November 21, 2010

Maafkan SY

Salam,

Pertama sekali sy memohon kemaafan kpd semua yg mengunjungi blog ini ttpi sy blm mengunjungi kembali blog anda. Maafkan sy. Ingin sekali sy membaca en3 di blog kwn2 tp kepala yg sarat menanggung beban tidak membenarkan.

Sejak kebelakangan ini, perasaan sy x tenteram sehingga sy tidak ada keinginan untuk membuka blog ini (update, BW, komen etc). Perasaan dirundung duka berpanjangan, memikirkan masalah peribadi yang tidak dapat diatasi bersendirian. Ketidakupayaan diri menambahkan lg kesukaran menyelesaikan permasalahan ini. Hanya berupaya mengadu tp setakat itu sahaja. Pendengar hanya mampu mendengar dan sy msh begini.  X sangka juga berdiam diri blh menimbulkan masalah, apatah lg bising2. Dlm usaha menjaga hati org, rupanya tindakan itu yg menyakitkan hati org.

Dlm waktu2 begini, sy rs lebih baik sakit fizikal (macam G-nie) drpd sakit dri segi psikososial spiritual (mcm sy). G-nie pernah nasihatkn sy spy mempertahankan hak sy tp skrg, sy lbh rela kehilangan hak tersebut drpd terseksa jiwa raga setiap hari. G-nie tahu selama ini sy byk menderita demi kebahagiaan org tersayang. Dia yg melihat kesusahan, kesedihan, keperitan sy. Sy juga menyuarakan perkara yg sama pd suami, beliau kesiankn sy dn trt tertekan memikirkn mslh ini.

X sangka bantuan yg dihulur kemudiannya digunakan sebagai senjata menyalahkan tindakan sy, padahal tiada keuntungan dan tiada balasan pun yg sy harapkan. Ini semua menjadikan sy bertambah dendam kepada manusia yg menanam duri dlm daging. Sy benci berkeadaan begini, sy ingin semuanya cepat selesai supaya sy tdk membenci sesiapa. Sy cuba lupakan, tp setiap kali itu juga masalah ini muncul, menghentak2 perasaan sy. Tidur malam menggelisah, susah utk sy lelapkan mata. Setiap hari bermurung wlupn sy cuba ceriakan hati ini. Sy x dpt berbohong pd diri sendiri.

Sy berharap masalah ini dpt juga diatasi suatu hari nanti, dan sy akan kembali ke blog ini bila hati sy sdh tenang dan ceria kembali.


Wednesday, November 10, 2010

Hebatnya FB

Teruja betul bukak2 email on 4th Nov tu, berderet2 msj psl pesanan kt wall FB...hebat sungguh penangan FB. Yela, semua org ada akaun FB. Mmg jauh beza FB ngan SMS. Klu zaman sblm FB dlu, jarang sgt nk trima birthday wishes via SMS, ada la 2 @ 3 mcm tu. Bila ada FB, kawan lama, kawan bru pakat2 wish. Plg best, jumpa kwn baik yg lama terpisah. Tu yg jd aktif FB balik, aritu lama gak x bukak. Pendek kata, senyum lebar sy aritu dri pagi sampai petang, sampai ke malam, kemudian sambung lg hingga ke petang esoknya.

Ada plak member FB siap mintak alamat...dok pk2 nk wtpe ngan alamat, nk dtg umah ke?ish x mungkin, jauh tu...arini (08 Nov) bru tau, rupa2nya antar birthday card yg comel...dri Nid's....Iman plg teruja tgk ada gmbr bear kt kad tu, sblm tu Achik dh bg kad ucapan dan juga Buku Asma ul-Husna...byk khasiatnya bg mereka yg menghafal...Syukran! Hubby plak bg hadiah yg x disangka2...gembiranya....ni yg dok plan2 nk surprise kt dia on his next birthday ni...

Selain tu, tahu plak kongsi date yg sama ngan Qellissa....so sy wish kt dia, pastu dia wish kt sy balik....seronoknya
*** Kesimpulannya, semua ni, Buat aku tersenyum - Sheila on 7




Thursday, November 4, 2010

The Happiest Birthday Celebration I Ever Had

Shud be on 4th November, but my hubby eager to celebr8 it on 3rd. He's the one whom preparing the milk, diapers and clothes for our baby since we plan to go straight to MidValley (as usual) after pick up my baby. As he promised, we're celebr8 it at Kenny Rogers...thank god coz I'm prefer Kenny than Nando's.

Actually, the most important thing is my feeling to him. It's getting rise up like roses...full in heart, cheering up my days. Since the day I got dream that he's got a scandal with young girl...can't accept it, luckily it juz a dream...I woke up with regret and love in heart...hug him as tight as I can, ignorance my baby which is my priority before. He shud shocked with it, but pretend like nothing happened. Since that, I realized my love now aroses juz like before. I love U, dear so much, till the end of time.


Monday, November 1, 2010

Memandu Kembali

First time dpt lesen bln 9 tahun 2007 utk B2 dan D. Accident motor raya ketiga Aidil Adha tahun berikutnya, sejak tu dh x bwk motor lg. Keta plak lps dpt lesen x bwk2 sbb xde keta, nk pinjam drive keta abg ipar pn cuak gak sbb beliau terlampau cermat, x berani la. 

Dh kawin, try gak nk drive kwsn masjid masa teman hubby ngaji, tp x blh gak sbb beliau x beri kepercayaan, risau lebih. Bygkn berapa lama dh sy ada lesen...x drive, apatah lg bwk moto lps accident....tp lesen dok renew sllu.

So sy decided kena gak belajar utk kemaslahatan bersama (cewah)...yela klu pape jd, at least x yah la call cousin dia mtk tlg, mcm ms hubby sakit aritu. X susahkn org, jimat masa. 

Ms tanya kt tmpt bljr memandu tu pn, hubby cam x brp nk bagi je, suh tanya je dlu, klu ikut sy trs nk booking time dh. Lps tu, ari Sabtu ngan Ahad, hubby jd baby sitter sementara sy g bljr.

Cikgu ni okla, pompuan, best je dia ajar, xdela cam cikgu laki ms ambil lesen kt kg dlu. Bestla dia...sy pn rs berkeyakinan bwk keta bila dia ngajar. 

Ahad petang g MidValley, selesaikn urusan yg patut. Ms g dh rayu2 hubby ckp nk bwk, dia buat derk je. Ms blk rayu lg, akhirnya lps MidValley skit, dkt stesen KTM Seputih, dia berenti, tukar. Memula risau gak, blh ke x blh, dh bwk blh je. 

Tp Iman plak bising2 dok ngan Abi dia, nk terkam dok ngan sy gak...ape kes nk drive riba ko, dik?! 

Smpi tol, alamak x sampai lak nk hulur duit, dgn gelak x malu sy kuar keta hulur duit...xpela, redha je klu sesapa gelak skali ms tu...lps tol, tukar balik sbb Iman xnk dok ngan Abi. Ala, padahal dekat je lg nk smpi umah...Iman ni la, x bg chance lgsg Umi nk pertajamkn skill. 

Xpela, at least dh bwk keta hubby. So kiranya Sabtu Ahad ni adalah hari kelas la. Seb baik cikgu tu sudi ajar ari Ahad wlupn ari Ahad adlah hari cuti bgnya...so lps ni xyah bljr lg dh.

***Achik, ko nti nk bljr, aku suggest la cikgu ni ngan ko...selesa skit pompuan.

Saturday, October 30, 2010

Nasihat Hakim Mahkamah Syariah

Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah. Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka.

Nasihat ni diberi dlm kes byrn nafkah anak AC Mizal yg tertunggak, tp bg sy ia nasihat general, utk kita semua jdkn pedoman hidup.

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails