Thursday, July 1, 2010

PnD @ Pneumococcal Disease

Hari ni nk bercakap psl kesihatan. Sbg seorg ibu, sy rs info ni berguna utk kita memastikn anak2 kita bebas dari sebarang penyakit. X sure lg ada gmbr ke x. Tp xpe, membaca kan amalan yg mulia. Baca jela xde gmbr pun.

Penyakit Pneumococcal atau PnD
Jangkitan pneumococcal boleh menyebabkan jangkitan telinga, jangkitan sinus, pneumonia, jangkitan darah (bacteremia), dan meningitis (jangkitan pada bahagian yang menutupi otak). Streotococcus Pneumoniae juga dikenali sebagai Pneumococcus menyebabkan penyakit Pneumococcal. Pneumococcus boleh didapati dalam nasofariks normal orang dewasa atau kanak-kanak. Ia boleh berjangkit dari seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak lain dalam titisan yang dilepaskan ke udara akibat bersin atau batuk. Pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan pada garis otak atau saraf tunjang), bacteraemia (jangkitan darah), pneumonia (jangkitan pada paru-paru) juga otitis media (jangkitan pada telinga tengah).
Meningitis (jangkitan pada otak atau saraf tunjang) boleh menyebabkan ketidakupayaan serius dan kekal termasuklah hilang pendengaran, lumpuh, terencat akal dan kematian. Simptom-simptomnya termasuklah demam, lali atau lesu, muntah-muntah dan kekejangan kaki atau leher.

A severe case of meningococcal meningitis in which the petechial rash progressed to gangrene and required amputation of all limbs. The patient, Charlotte Cleverley-Bisman, survived the disease and became a poster child for a meningitis vaccination campaign in New Zealand.
(Sumber: Wikipedia, Google)

Bacteraemia (jangkitan darah) berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah dan menyebabkan jangkitan pada darah. Ia boleh merebak menjadi meningitis. Simptom-simptomnya termasuklah demam, meradang dan nafas tercungap-cungap.
Bacteraemia occurs when bacteria get into the bloodstream.  Bloodstream infection is also sometimes called septicaemia, which implies greater severity/clinical significance.  A wide variety of bacteria can cause bacteraemias, the two most common being Staphylococcus aureus and Escherichia coli.
Photo: Janice Carr / CDC
(Sumber: Google)

Pneumonia (jangkitan pada paru-paru) adalah satu daripada penyakit yang sering berlaku akibat pneumococcus. Tempoh pengeraman adalah pendek, dari 1 hingga ke 3 hari. Pesakit akan mengalami demam, batuk, mengeluarkan kahak, menggigil, sesak dada dan nafas yang pendek.

A chest X-ray showing a very prominent wedge shaped pneumonia in the right lung.
(Sumber: Google)

Otitis media (jangkitan pada telinga tengah) juga boleh disebabkan pneumococcus dan juga sebab-sebab lain. Simptom-simptomnya termasuklah sakit telinga, demam, dan seringkali telinga tersentak.

The tympanic membrane (eardrum) as it appears in someone with acute otitis media
(Sumber: Google)

Kanak-kanak di bawah 24 bulan mempunyai risiko paling tinggi terhadap PnD berikutan tahap kitaran antibodi pneumococcal yang rendah.

Oleh kerana 60 peratus kanak-kanak adalah pembawa pneumococcus, kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti kerana meningkatkan pendedahan kepada bakteria tersebut dalam pusat tersebut.

Kanak-kanak dengan status imunisasi yang lemah atau kurang antibodi, berkaitan penyakit seperti HIV juga berisiko tinggi.

Bagaimanakah anda boleh melindungi anak-anak anda daripada PnD?

Amalkan kebersihan di rumah dan di pusat jagaan kanak-kanak. Basuh tangan dengan bersih, buang tisu yang telah digunakan, elakkan kanak-kanak daripada berkongsi cawan, sudu dan memastikan barang mainan sentiasa bersih. (Yang ni sgt basic, kn? Sure ibu2 blh buat dan sentiasa buat pun, kn?)

Kaedah paling berkesan untuk mencegah PnD adalah memberi imunisasi kepada anak-anak dapat menghindar daripada pneumococcus. Mereka yang telah dijangkiti pada masa dahulu hanya mendapat tahap imuniti yang terhad yang tidak berkesan untuk melindungi mereka daripada jangkitan seterusnya. (Yg ni kena discus ngan doc, sbbnya vaksin ni bkn free).

Adakah PnD boleh diubati?

Ya, termasuklah pengesanan awal dan mendapatkan ubatan dengan kadar segera. Ini kerana PnD berkembang dengan cepat dan penangguhan rawatan akan mengakibatkan kerosakan kekal.

Cabaran adalah pada tahap bayi kerana simptom-simptom sukar dikenalpasti atau dikesan pada umur yang terlalu muda.

PnD dirawat dengan antibiotik. Malangnya, adakalanya antibiotik tidak memberi kesan yang cepat atau penyakit berkembang terlalu cepat menyebabkan kesan kerosakan akibat pencerobohan PnD tidak boleh dielakkan. Lebih membimbangkan, pneumococcus membentuk halangan kepada banyak jenis antiobiotik, menjadikan antibiotik-antibiotik tersebut tidak berguna. (Sbb tu klu makan antibiotik mesti smpi habis, jgn sihat skit dh xnk mkn antibiotik).

Pencegahan: Bagaimanakah vaksin Pneumococcal bekerja?

Vaksin pneumococcal dibuat daripada lapisan luar bakteria diubah bentuk kepada protin khas yang direka untuk permulaan penghasilan antibodi bayi tanpa menyebabkan jangkitan penyakit tersebut kepada bayi.

Ia membantu tubuh bayi untuk merancang sel-sel khusus yang boleh melawan pneumococcus apabila bayi tersebut terdedah kepadanya nanti.

Sehingga kini, vaksin yang ada untuk melindungi PnD invasive adalah vaksin 23-valent Pneumococcal Polysaccharide.

Walaupun begitu, vaksin ini tidak berupaya untuk mendorong tindakbalas imun yang sesuai pada bayi dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Dengan menggandingkan lapisan gula Pneumococcal kepada protin khas, satu vaksin Pneumococcal baru berupaya mendorong penghasilan antibodi-antibodi bayi kurang dari 2 tahun. Ia juga mengaktifkan memori sistem imun.

Imunisasi awal melindungi kanak-kanak daripada mendapat PnD dan semua akibat komplikasinya, termasuklah kematian.

Kenapa Vaksin itu penting?

Sebagai Imuniti Populasi (Herd Immunity)
Apabila sejumlah populasi menerima vaksin untuk menghalang pneumococcus, bakterianya dibasmikan (eradicated) daripada saluran udara bahagian atas. Ini mengurangkan peluang penyakit disebarkan atau menjangkiti individu-individu yang tidak mempunyai vaksin. Fenomena ini dikenali sebagai Herd Immunity.

Vaksin adalah perkara yang menguntungkan dengan menghalang penyebaran penyakit. Lebih sedikit kanak-kanak yang ketinggalan sekolah dan ibubapa tidak perlu cuti kerja untuk merawat anak-anak yang sakit.

Okla, smpi takat ni dulu, nti kita smbg lg psl vaksinasi, transmisi, rawat dan cegah plak.

1 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

ch@ said...

aiii sangat menakutkan laaa

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails