Friday, July 2, 2010

ISTIGHFAR

Salam pagi jumaat...arini nk kongsi2 pgthn ttg istighfar. Wlupn ramai dh tahu, tp xpe, juz sharing.

Manusia merupakan makhluk yg serba lemah dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan dan dosa pada saban ketika. Allah s.w.t dgn sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada. Allah berfirman yg bermaksud:
Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Muzammil:20)
Makna Istighfar
Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Hikmah Beristighfar
1-Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa
2-Mendekatkan diri kepada Allah
3-Meningkatkn ketaqwaan diri
4-Membanteras tipu daya syaitan, yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa
5-Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t dalam hidup dunia dan akhirat
Keampunan Allah s.w.t terhadap hamba-Nya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar. Kedua-dua amalan ini saling lengkap melengkapi untuk memastikan Allah s.w.t mengurniakan kita keampunan. 

Syarat Istighfar / taubat
1-Meninggalkan maksiat
2-Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
3-Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi
4-Memperbanyak ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain
5-Mohon maaf jika melibatkan orang lain

Oklah, setakat ni dulu, lain kali smbg plak dgn masa beristighfar dan lafaz istighfar. Ada byk lafaz yg kita blh amalkn.

1 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

Tupai Karan said...

terima kasih sbb mengingatkan... byk hikmah kan istighfar ni tapi kita slalu lupa, tambah bila tengah bengang (amarah kuasai diri)

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails