Monday, November 30, 2009

Qorban dan Aqiqah

Raya Haji Ketiga, kami ke PPUKM sbb saya dah bayar untuk aqiqah Iman. So, adala beberapa keping gambar sekitar peristiwa Qorban dan Aqiqah PPUKM yang sempat saya rakamkan untuk tatapan semua.



Para petugas melaungkan takbir raya sebelum menyembelih lembu qorban. Sayunya mendengar takbir raya.




Inilah salah seekor daripada 6 ekor lembu yang dijadikan korban untuk majlis Qorban dan Aqiqah PPUKM. Sedih juga tengok sebab lembu tu berbunyi dan menggelupur sebelum menghembuskan nafas terakhir. Bunyinya umpama kita meniup air dari getah paip.




Lembu yang telah disembelih akan dilapah. Bahagian peha akan digantung supaya kerja2 melapah daging lebih mudah. Macam kat kedai daging kan?




Iman dengan abi tengah tengok orang sembelih lembu. Iman macam takut2 skit tengok lembu kene sembelih, dengan darah terpancut dari hirisan pisau sembelih tu. Tapi sebenarnya Iman merengek takut bercampur mengantuk.

Oleh kerana Iman dah merengek2, x dapatla kami tunggu sampai abis, terpaksalah balik dulu. Jadinya, Iman telah diaqiqahkan hari ni. Dengar kata ustaz, daging untuk aqiqah akan dimasak dan dinikmati beramai2, manakala daging qurban pula akan dibahagikan mentah2 kepada staf2 PPUKM yang datang.




Petangnya, kami ke Midvalley utk jumpa kakak dan abang ipar abi Iman. Ni Iman tengah mengekek gelak ketika bermain dengan sepupunya. Sambil tu dia akan lompat2 katak, x kirala atas siapa yang dukungnya. Kali ni mangsanya adalah abi. Mak Longnya sampai sakit lengan sebab kuat sangat Iman lompat katak. Aktif betul dia sekarang.

0 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails