Monday, March 1, 2010

Maulidurrasul dan Kisah Sedih

Sempena cuti Maulidurrasul, saya sekeluarga (Me, Iman & Hubby) serta 2 rakan karib (Achik & Rosni) bercuti sehari di Kalumpang Resort & Training Centre, Kuala Kubu Bharu. Sepatutnya awal lg (cuti tahun Baru Cina) tp chalet fully booked, so terpaksalah guna masa cuti kali ni. Xdela beria sangat mandi sungai or main air coz chalet kami pn dapat yg hujung2 n atas bukit, penat nk turun naik. Cukupla sekali mandi sungai tengahari 26 Mac tu, pastu duk kt bilik tgk jurnal ttg junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w (selawat ke atas baginda). Gambar2 x banyak, juz ambik gambar Iman je. Nanti2 upload. Susah skit coz puting Iman tertinggal, tidur kejap2 nangis. Nasib baik dia x demam wlupn kena air bukit yg sejuk sangat2 n kena hujan gak masa tu.

Yang sedihnya, kami sempat singgah di Batang Kali sebab Rosni mahu singgah rumah mak ayah angkatnya. Ok juga kawasan Batang Kali ni, macam seronok pula. Tapi kami x tahu pun di sini ada anak kecil yg terseksa didera sehingga mati (waktu ni stesen radio x ada, klu x mungkin boleh dengar berita radio). Sampai balik rumah n buka internet tgk kosmo, metro online baru tahu ttg kesiksaan adik Syafia Humairah Sahari yang disepak terajang oleh teman lelaki ibunya. Kelakuan itu tidak boleh dimaafkan, sangat kejam, qisas je lelaki durjana @ Abg Mat x guna tu. Sy buka beberapa website ttg berita ini, memang ramai yg confuse ttg status maknya yg masih isteri org ttp boleh ade teman lelaki. Bayangkan, sudah kenal teman lelaki 6 tahun. Suami berada di penjara sejak 2006 (maknanya dah 5 tahun). Adik Syafia baru berumur 3 tahun. Ada lagi bayi berumur setahun setengah. Jadi, Syafia anak siapa and baby kecik tu anak siapa? Pelik juga sebab ramai yg tahu mak Syafia dengan drebar teksi ni bersekedudukan atau menjalin hubungan dah lama and drebar teksi siap boleh main bola dgn org kg (komunikasi langsung)tetapi tidak seorang pun org kampung yg buat laporan kepada MAIS atau pejabat agama islam utk menghindar dari perkara yg tidak diingini (zina @ kelahiran bayi luar nikah). Kebanyakan membuat kesimpulan bahawa inilah tanda2 keruntuhan akhlak ummah. Semakin lama kita semakin tidak peduli pada apa saja sekiranya kita tidak terlibat dalam hal tersebut, mengikut sangat pepatah jangan jaga tepi kain orang, padahal ia melibatkan nyawa. Sekurang2nya pemergian adik Syafia sebagai satu hijab, tidak lagi perlu terlibat dengan kancah dosa yg dimulakan oleh ibu bapanya. Al-Fatihah utk adik Syafia, semoga rohnya tenang di sana.

1 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

paku payung said...

emmmm, sadis la kisah nih, mcm2 ragam manusia, tp as a manusia jugak..aku rasa, aku tak layak untuk menghukum perbuatannya,..bukan sikap tak ambil peduli, cuma urusan hukuman di Tangan Allah..mana tau terjadi kat diri kita dan org yg terdekat dgn kita, barulah kita sedar yg inilah reality kehidupan,..mudah hanyut dgn perasaan, Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa mengambil iktibar dengan apa yg terjadi.Amin

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails